Keselamatan di bengkel dibahagikan kepada 3 iaitu:-
- keselamatan am
- keselamatan diri dan rakan
- keselamatan bahan dan alatan
Keselamatan Am
- Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua murid.
- Rambut mestilah pendek dan kemas.
- Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas.
- Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
- Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
- Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
- Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel KH.
- Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
