Rabu, 28 Januari 2009

Dinner

Fuh...lama da rasanya x tulis apa2 di sini...bout 1 month la...huhuhuhu...busy!!! banyak sangat kerja..(kunonnya la) tapi kenyataannya mmg banyak kerja pun..sampai terkejar2 ni...begitulah lumrah hidup...Apa2 pon, malam ni kami ada dinner.. di Sutera Habour lagi tu..mesti best..hak hak hak..

Persediaan? malas nak ckp la...setakat pakaian si Brad Pitt tu, Zac Efron ka..mmg xle lawan...tau sbb apa..sebab pakaian dorg mahal2. Aku asal ada jer..hahaha...bukannya lalu di red carpet pun kan...asal ikut theme ok la tuh...theme dinner tuk tahun ni 'orenge glam'. apakah maknanya tu? xpa, biar aku jawab sendiri....maknanya pakai orenge colour lo....

Apa yang menariknya masa dinner ni nnt, setiap department kena buat persembahan..maklumla, xda budget mo jemput artis...sib baik la ada sorang staf cni merupakan local artis...da dapat free persembahan...jimat2..hahahhaha..nak dijadikan cerita...aku pun menyanyi la pulak malam ni...mo nya ke laut sora aku ni mo nyanyi plak...huhuhuhu..ditambah lagi jangkitan oleh virus influenza yang menyebabkan sistem imun tubuhku bertindak balas lalu menyebabkan apa yang kita kenali sebagai selesema @ flu..huhuhuhu..

Apa2 pon, kita tunggu lah malam ni...insyallah aku akan upload gambar2 masa dinner tu nnt..see ya..!!!!

Isnin, 5 Januari 2009

GPS

Kali ni aku mo kongsi sikit pasal GPS atau Global Positioning System..bagi aku GPS ni sebenarnya satu sistem yang baik esspecially for traveller who always go to the new places. Sekarang ni pun GPS ni da bole digunakan oleh orang awam walaupun GPS ni sebenarnya dibangunkan oleh us ministry of defence.
Mo guna GPS pun sekarang senang..beli je handphone yang ada GPS then boleh la guna. Tapi, apa2 pun kena download map dulu..baru boleh gunakan sistem tu dengan berkesan.

Sini aku nak kongsi la cerita pasal penggunaan GPS ni..maklumlah, oleh kerana inquiry yang sangat tinggi ttg GPS ni, aku pun download la map dalam hp nokia aku tu guna nokia map loader. sumanya free..aku punya la happy sebab jarang kita dapat benda2 free ni, kan..aku tambah excited lagi bila kedudukan aku ada dlm tu..cam orang kebaruan la aku explore map yang ada dlm tu terutamanya sekitar kk. Yang bestnya lagi..siap ada nama jalan tu...huhuhu

Tapi, panas ku sangka hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari...aku ingatkan semuanya free la..huhuhu..Mana ada!!! oksigen je yang free di dunia ni..rupa2nya once buka map application tu, dia terus connect dgn diginet (bagi pengguna digi cm aku la). Tanpa pemberitahuan pulak tu..kukuku..habis la bil aku melambung bulan ni. Aku find out pun dari log hp tu yang bgtau suma2 aktiviti panggilan, sms n internet connection. baru aku tau aku telah menggunakan such a big amount of data..hahahaha..padan muka aku...

So, moral of the story..berhati2lah sebelum menggunakan apa2 aplication di handphone anda..terutamanya aplikasi baru. kira benda ni mcm nyamuk yang nak hisap darah orang yang tengah dok mancing ikan kat dlm iklan digi tu la...kesian orang kuning..

Jumaat, 2 Januari 2009

HAPPY NEW YEAR

'Happy New Year'

Sebagai permulaan di tahun yang baru, hari yang baru, blog pun baru...kira semuanya pun baru la...so, lumrahnya...bagi sesuatu yang baru kita sememangnya mahukan yang terbaik. Macam beli barang baru, mestilah kita mahu barang tu berfungsi dengan baik, kan...
So, berusahalah untuk mendapatkan yang terbaik di permulaan tahun baru ini, dengan azam yang sememangnya sudah terlakar di sudut hati (cewah)..sebagai pendorong dan perangsang ketika hampir tewas..

2008 sememangnya mempunyai pelbagai cerita bagi aku..besala, pahit manis tu mmg ada..mcm dadu..sekejap dpt no. besar..then dpt no. kecik...huhuhuh. tapi yang x best, masa mau ujung2 tahun ni...cerita yang x best pulak aku dapat..mo buat mcm mana...bersedih je la.

Lupakan cerita sedihku di penghujung tahun 2008..mo buka lembaran baru la pulak. Banyak benda berputar dalam kepala aku ni..aku pun xtau kenapa aku banyak berfikir sejak kebelakangan ni..mgkin pasal umur da meningkat..hahaha..Masuk kerja hari ni pun semacam jak..masih dalam mood cuti la ni...lemah jak badan pi kerja. Tapi memandangkan aku kena carik duit untuk menampung keperluan miss yvi (ha..miss yvi???), so aku gagahkan juga la diri untuk pergi opis..

Hmm...nampaknya usaha aku untuk membuat blog ni hampir berjaya, perlu penambahbaikan lagi di masa akan datang...huhuh..next time it would be batter then dis..i try la...heeeee..;)